Thursday, April 28, 2016

Sabar

Sabar itu indah,
But it comes with a price.

Ada terbaca satu status seorang rakan yang seakan kehilangan seorang kesayangan. Dan tetiba sesuatu terasa di hati.

Sabar. Itu sahaja yang boleh dikhabarkan.

Kalau dia untuk awak, kamu akan bersama.

Tapi aku juga tahu hakikat sabar itu.

Hakikat remuknya hati tatkala dia pergi. Hakikat bahawa mata itu akan terus mengalirkan air air jernih tanpa henti.
Dan doa yang hanya dipenuhi nama dia tatkala menghadap Ilahi.

Allahu.

Mana mungkin aku bina bahagia atas derita yang lain.

Maaf.

Sabar itu indah pengakhirannya.